"Dan disebabkan itulah, hari ini, sedekad selepas pemergian insan hebat wira aku itu, Kurt Cobain, hari ini hari aku. Aku enggan menafikan lagi, enggan menanti tanpa pasti perkara yang paling pasti dalam kehidupan. Sebab itulah, cd R.E.M kini sudah berada dalam tanganku, berjaya aku temui setelah sekian lama mencari. Begitu juga serbuk putih. Cuma senapang patah tak berjaya aku dapatkan. Tak mengapa, hidup (dan mati) perlukan improvisasi."